Fokus kami adalah untuk membantu pesakit mencapai kualiti hidup yang lebih tinggi dengan merawat punca akar serta gejala penyakit kronik. Kami menggunakan teknik diagnostik berasaskan bukti saintifik bagi memahami masalah yang dihadapi, seterusnya menerapkan penyelesaian penjagaan perubatan bersepadu untuk menangani masalah perubatan tersebut. Tunjang utama kesihatan yang mampan adalah harapan, kepercayaan, dan yang paling utama, pemakanan. Dengan memberi tumpuan kepada penyediaan sumber yang diperlukan oleh tubuh untuk menyembuhkan dirinya sendiri, kesihatan tiga dimensi dapat dicapai merangkumi minda, jasad, dan jiwa.
Kami bermula dengan pemahaman mendalam terhadap masalah perubatan yang dihadapi dan menetapkan pelan rawatan yang berpaksikan perubatan tradisional serta bersepadu – iaitu terapi bekam klinikal dan perubatan nutrisi selular. Penjagaan perubatan bersepadu kami yang komprehensif turut merangkumi gabungan garis panduan pemakanan, terapi tradisional, dan senaman yang sangat khusus (serta ringan). Dengan mengikuti rawatan yang ditetapkan, pesakit akan dapat mencapai kualiti hidup yang lebih tinggi dan, dengan tempoh yang mencukupi, mampu kembali menjalani kehidupan normal semula.