TAKLIMAT KEM - 14 JULAI 2024
Kem Elak Dialisis ke-23 telah bermula dengan jayanya pada hari ini, 14 Julai 2024. Kem kali ini didahului dengan sesi taklimat berkenaan rawatan dan perjalanan peserta sepanjang kem dijalankan.
KELAS BEKAM KLINIKAL - 15 JULAI 2024
Hari kedua kem elak dialisis dimulakan dengan kelas bekam klinikal bermula jam 9 pagi sehingga jam 12 Tengah hari yang disampaikan oleh Prof Dr Abdul Aziz Al-Safi.
KELAS MASAKAN - 16 JULAI 2024
Kelas masakan adalah sesi pembelajaran di mana peserta diajarkan cara memasak pelbagai jenis makanan sihat. Kelas ini merangkumi pelbagai petua, serta pengetahuan tentang bahan makanan dan cara memprosesnya.
KELAS HIDROTERAPI - 18 JULAI 2024
Kelas Hidroterapi – Modul CKD adalah antara pengisian dalam setiap Kem CKD yang dianjurkan Neo Medicare. Kelas Hidroterapi ini membantu pesakit CKD untuk menurunkan bacaan darah tinggi kerana sena man dalam air dapat mengurangkan beban badan ketika bersenam
KELAS BEKAM KLINIKAL (PRAKTIKAL) - 21 JULAI 2024
Kelas bekam praktikal dimulakan dengan menunjukkan cara-cara yang betul untuk melakukan bekam, termasuk jenis cawan yang digunakan. Selepas itu, kami memberi peluang kepada peserta untuk mempraktikkan teknik bekam di bawah bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman serta mengajar langkah-langkah keselamatan untuk memastikan prosedur dilakukan dengan selamat dan berkesan.