TAKLIMAT KED - 19 JANUARI 2025

Kem Elak Dialisis ke-36 telah bermula dengan jayanya pada hari ini. Kem kali ini didahului dengan sesi taklimat berkenaan rawatan dan perjalanan peserta sepanjang kem dijalankan. Tujuan taklimat ini adalah untuk memastikan peserta faham mengenai aktiviti, peraturan, keselamatan dan jadual program kem. Taklimat ini penting untuk memastikan kem berjalan lancar dan selamat, serta peserta dapat menikmati program dengan baik.

KELAS MASAKAN - 21 JANUARI 2025

Kelas masakan adalah sesi pembelajaran di mana peserta diajarkan cara memasak pelbagai jenis makanan sihat. Kelas ini merangkumi pelbagai petua, serta pengetahuan tentang bahan makanan dan cara memprosesnya.