Pt 811, Jalan Pasir Puteh,
Kampung Chicha, Kubang Kerian,
16150 Kota Bharu, Kelantan
Call Us
+60199509918
Sun - Mon: 24 hours
Friday: 8.00 am - 12.30 pm

TAKLIMAT KEM - 25 OGOS 2024

Kem Elak Dialisis ke-26 telah bermula dengan jayanya pada hari ini, 25 Ogos 2024. Kem kali ini didahului dengan sesi taklimat berkenaan rawatan dan perjalanan peserta sepanjang kem dijalankan.

KELAS BEKAM KLINIKAL - 26 OGOS 2024

Hari kedua kem elak dialisis dimulakan dengan kelas bekam klinikal bermula jam 9 pagi sehingga jam 12 Tengah hari yang disampaikan oleh Prof Dr Abdul Aziz Al-Safi. Kelas bekam praktikal dimulakan dengan menunjukkan cara-cara yang betul untuk melakukan bekam, termasuk jenis cawan yang digunakan.  Selepas itu, kami memberi peluang kepada peserta untuk mempraktikkan teknik bekam di bawah bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman serta mengajar langkah-langkah keselamatan untuk memastikan prosedur dilakukan dengan selamat dan berkesan.

KELAS MASAKAN - 27 OGOS 2024

Kelas masakan adalah sesi pembelajaran di mana peserta diajarkan cara memasak pelbagai jenis makanan sihat. Kelas ini merangkumi pelbagai petua, serta pengetahuan tentang bahan makanan dan cara memprosesnya. 

SENAMAN HIDROTERAPI - 29 OGOS 2024​

Senaman Hidroterapi merujuk kepada latihan fizikal yang dilakukan di dalam air, biasanya di dalam kolam renang yang cetek atau dalam. Hidroterapi ini memanfaatkan sifat air seperti daya apungan, rintangan dan tekanan hidrostatik untuk membantu dalam pemulihan kecederaan, kekuatan otot serta meningkatkan kesejahteraan umum.