Kem Elak Dialisis ke-27 telah bermula dengan jayanya pada hari ini. Kem kali ini didahului dengan sesi taklimat berkenaan rawatan dan perjalanan peserta sepanjang kem dijalankan. Tujuan taklimat ini adalah untuk memastikan peserta faham mengenai aktiviti, peraturan, keselamatan dan jadual program kem. Taklimat ini penting untuk memastikan kem berjalan lancar dan selamat, serta peserta dapat menikmati program dengan baik.