TAKLIMAT KED - 19 NOVEMBER 2024

Kem Elak Dialisis ke-32telah bermula dengan jayanya pada hari ini. Kem kali ini didahului dengan sesi taklimat berkenaan rawatan dan perjalanan peserta sepanjang kem dijalankan. Tujuan taklimat ini adalah untuk memastikan peserta faham mengenai aktiviti, peraturan, keselamatan dan jadual program kem. Taklimat ini penting untuk memastikan kem berjalan lancar dan selamat, serta peserta dapat menikmati program dengan baik.

KELAS BEKAM KLINIKAL - 20 NOVEMBER 2024

Hari kedua kem elak dialisis dimulakan dengan kelas bekam klinikal bermula jam 9 pagi sehingga jam 12 Tengah hari yang disampaikan oleh Prof Dr Abdul Aziz Al-Safi. Kelas bekam praktikal dimulakan dengan menunjukkan cara-cara yang betul untuk melakukan bekam, termasuk jenis cawan yang digunakan.  Selepas itu, kami memberi peluang kepada peserta untuk mempraktikkan teknik bekam di bawah bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman serta mengajar langkah-langkah keselamatan untuk memastikan prosedur dilakukan dengan selamat dan berkesan.